Wakaf Produktif

 Definisi wakaf

Secara Bahasa : pencegahan, penambahan, pendermaan

Secara terminology : wakaf ialah satu amalan dengan menyerahkan sebahagian harta dimiliki untuk dimanfaatkan oleh masyarakat bertujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia memutuskan segala bentuk hak dan penguasaan pewakaf (pemberi) ke atas harta yang diwakafkan. Harta yang hendak diwakafkan perlu jelas pemilikannya dan juga perlulah memberi manfaat dan faedah

Adapun definisi Wakaf Produktif adalah harta yang dapat digunakan untuk kepentingan produksi baik dibidang pertanian, perindustrian, perdagangan dan jasa yang manfaatnya bukan pada benda wakaf secara langsung tetapi dari keuntungan bersih dari hasil pengembangan wakaf yang diberikan kepada orang-orang yang berhak sesuai tujuan wakaf

Hukum wakaf : Merupakan Sunnah berdasarkan dalil :

 

Al-Qur’an surah Ali Imran : 92

لَن تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّـهَ بِهِ عَلِيمٌ

kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.

Hadis Riwayat Muslim

Terdapat juga sebuah hadis Nabi SAW menceritakan tentang wakaf saidina Umar RA yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA:

أَصَابَ ‏ ‏عُمَرُ ‏ ‏أَرْضًا ‏ ‏بِخَيْبَرَ ,‏ ‏فَأَتَى النَّبِيَّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏يَسْتَأْمِرُهُ ‏ ‏فِيهَا, فَقالَ  : يَا رَسُولَ اللَّهِ , إِنِّي ‏ ‏أَصَبْتُ ‏ ‏أَرْضًا ‏ ‏بِخَيْبَرَ ‏ ‏لَمْ ‏ ‏أُصِبْ ‏ ‏مَالاً قَطُّ هُوَ ‏ ‏أَنْفَسُ ‏ ‏عِنْدِي مِنْهُ, فَقَالَ : ‏ ‏إِنْ شِئْتَ ‏ ‏حَبَسْتَو‏أَنَّهُ لاَ يُبَاعُ أَصْلُهَا, وَلاَ ‏ ‏يُبْتَاعُ ‏ ‏وَلاَ يُورَثُ وَلاَ يُوهَبُ قَالَ فَتَصَدَّقَ ‏ ‏عُمَرُ ‏ ‏فِي الْفُقَرَاءِ وَفِي الْقُرْبَى وَفِي الرِّقَابِ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ ‏ ‏وَابْنِ السَّبِيلِ ‏ ‏وَالضَّيْفِ لاَ ‏ ‏جُنَاحَ ‏ ‏عَلَى مَنْ ‏ ‏وَلِيَهَا ‏ ‏أَنْ يَأْكُلَ مِنْهَا بِالْمَعْرُوفِ أَوْ يُطْعِمَ صَدِيقًا غَيْرَ ‏ ‏مُتَمَوِّلٍ ‏ مَالاً

Maksudnya: Umar telah mendapat sebidang tanah di Khaibar kemudian dia datang menghadap Nabi S.A.W untuk meminta pendapat berkenaan cara menguruskannya, katanya: Wahai Rasulullah! Saya telah mendapat sebidang tanah di Khaibar.  Saya belum pernah memperolehi harta yang lebih baik daripada ini. Baginda bersabda: Jika kamu suka, tahanlah tanah itu (wakafkanlah tanah itu) dan kamu sedekahkan manfaatnya. Lalu Umar mengeluarkan sedekah dari hasil tanah itu dengan syarat tanahnya tidak boleh dijual dan dibeli serta diwarisi atau dihadiahkan. Umar mengeluarkan sedekah hasilnya kepada fakir miskin, kaum kerabat dan untuk memerdekakan hamba juga untuk orang yang berjihad di jalan Allah serta untuk bekal orang yang sedang dalam perjalanan dan menjadi hidangan untuk tetamu. Orang yang mengurusnya boleh makan sebahagian hasilnya dengan cara yang baik dan boleh memberi makan kepada temannya dengan sekadarnya.

RUKUN-RUKUN WAKAF

Terdapat empat rukun wakaf yang menjadi asas kepada perlaksanaan wakaf ini iaitu:

  • Al-wakif iaitu pihak yang mewakafkan harta sama ada individu ataupun organisasi.

        Syarat pewakaf :
  1. Merdeka & pemilik barang tersebut
  2. Tamyiz
  3. Baligh
  4. Dewasa

  • Al-mauquf iaitu harta yang diwakafkan sama ada harta alih atau harta tidak alih.

        Syarat barang wakaf :

  1. Barang yang diwakafkan bisa diukur nilainya
  2. Barang diketahui
  3. Milik penuh dari pewakaf
  4. Barang sudah dibagi, bukan milik umum

  • Al-maquf ‘alaih iaitu pihak yang diwakafkan kepadanya harta atau pihak yang menerima manfaat wakaf tersebut.
  • Sighah iaitu lafaz yang digunakan oleh pewakaf bagi mewakafkan harta tersebut

Syarat sighat :

  1. Keberlakuan untuk selamanya
  2. Langsung dilaksanakan
  3. Keharusan melaksanakan
  4. Penjelasan penerima wakaf
  5. Tidak menunjukkan pembatalan

Asas Wakaf Produktif :

  1. Asas keabadian manfaat
  2. Asas pertanggungjawaban
  3.  Asas profesionalitas manajemen
  4. Asas keadilan sosial





Posting Komentar

Lebih baru Lebih lama